IISSA in International Debate League starting today..

IISSA will participate in the ARABIC debating championship organised by IKRAM and MUSLEH led by Nur Islah and her team mates of IISSA Secondary. This will be our maiden effort into such a prestigious effort made possible under the guiding hands of our Murabbi Teacher Hadi and his Arabic department..

WISHING THEM ALL THE BEST! Our doa will be with them..

KEJOHANAN DEBAT ANTARABANGSA PELAJAR MUSLEH KELIMA 2013
5th MUSLEH INTERNATIONAL STUDENTS DEBATING CHAMPIONSHIP 2013
 
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSA (IKRAM) dan MUSLEH BHD akan menganjurkan Kejohanan Debat Antarabangsa Pelajar MUSLEH Kelima (5th Musleh International Student Debating Championship 2013) pada 26hb Jun hingga 29hb Jun 2013 bertempat di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur dan Hotel Putra, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. 
 
Kejohanan empat hari ini dianjurkan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan International Centre for Educational Excellence (ICEE). Majlis penutup dan penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II pada hari Sabtu bersamaan 29hb Jun 2013 pukul 2.30 petang.
 
Kejohanan ini bertujuan untuk mencungkil dan mengasah bakat-bakat pendakwah dan pemidato  dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di samping membudayakan mereka berhujah  berdasarkan fakta dan bertukar pandangan secara rasional, berhikmah dan beradab.  Kepetahan dan kefasihan serta teknik pemikiran yang kritis digabungkan secara bersama dalam menyampaikan perdebatan dengan sempurna. Kejohanan ini juga akan menjadi medan pertemuan, perbincangan dan perkongsian pengalaman di antara penyelidik, penggiat, pengusaha dan pihak yang berkepentingan dalam sistem pendidikan Islam negara dan serantau.
 
Seratus sepuluh (110) buah pasukan daripada sekolah-sekolah di Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Gaza dan Qatar akan berdebat atas tema-tema yang berkaitan politik, ekonomi, alam sekitar, sosial, sukan, kesihatan dan pendidikan.  Kejohanan ini dibuka kepada tiga kategori iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggerisdan Bahasa Arab. Kejohanan ini berdasarkan format debat ala-Parlimen Malaysia yang mengaplikasikan sistem “power match” berkumpulan yang lazimnya digunakan dalam pertandingan-pertandingan antara universiti di peringkat antarabangsa. Sila layari blog kejohanan dihttp://www.muslehdebate.com  dan Fb: Ikram-Muslehuntuk maklumat terkini. Sila berhubung dengan Ust Amin di talian +60192687058 untuk maklumat lanjut.
 
Pihak penganjur mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar sekolah, mahasiswa institusi pengajian tinggi dan masyarakat umum untuk turut hadir menyaksikan kehebatan pendebat-pendebat beraksi.
 
Pihak penganjur juga mengalu-alukan kehadiran wakil-wakil media bagi membuat liputan sepanjang kejohanan berlangsung dan semasa majlis perasmian penutup oleh oleh Y.B. Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II.
 
Prof Dr Omar Yaakob
Pengerusi
Jawatankuasa Pendidikan IKRAM

Send us your feedback. Thank you.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s